ARTIKEL

176 terima Pingat Peringatan Terpuji Jubli Intan (Gangsa) sempena 60 tahun Sarawak Merdeka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datuk Dr. Adrian Susin Ambud antara pendahulu senarai penerima Pingat Peringatan Terpuji Jubli Intan (Gangsa) sempena 60 tahun Sarawak Merdeka, hari ini.

Beliau merupakan antara 176 penerima dianugerahkan pingat berkenaan dalam majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di DUN Sarawak, semalam.

Penganugerahan tersebut pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap barisan individu yang memberikan khidmat bakti serta sumbangan yang tidak ternilai kepada Sarawak, sejak era kemerdekaan sehingga hari ini.

Bermula sekitar 11 pagi, majlis menyaksikan penyerahan pingat dimulakan dengan Datuk Janggu Banyang sebagai pendahulu penerima, diikuti Datuk Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Datuk Richard Tajan, Datuk Khalidi Ibrahim dan Datuk Dr. Adrian Susin Ambud. 

Penerima pingat seterusnya ialah Datuk Elean Masa’at, Datuk Dr Yeo Tiong Chia, Datuk Austin Dimin Niyon, Datuk Wilfred Billy Panyau, Datuk Harrison Lading Lunsa, Lt. Kol Datuk Anwar Basha Khan Zakaria, Senator Pele Peter Tinggom, Datin Helen Lim Hui Shyan, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi, Nancy Jolhi, Adana Jed, Dominic Chunggat, Mual Suaud, Japri Bujang Masli, Junih Saleh Ahmad, Robert Lau Hong Tiam, Lubau Genam, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Mersal Abang Rosli dan Zolkipli Mohammad Aton. 

Diikuti, Joseph Blandoi, Abdul Malik Abdullah, Paul Bond Ferdinand Chamberlin, Lt. Kol Ding Tiew Wong, Latiff Coupon, Siang Mandaw, Dayang Mariana Abang Bolhassan, Sharzede Datu Salleh Askor, Serawa Budol, Ir. Rodziah Mohamad, Sofhi Jebal, Gustian Durani, Richard Ngumbang, Langgong Wasam, Khalid Andong, Jackline August, Enting Nyami, Siti Rohanie Yusof, Belayong Pok, Norlila Ulis, Ladin Atok, Kathreen Lalai Eddie Saga, Thomas Geofferey Kandawang, Wee Teck Min, Cerisologo Sabut, Harry Bruce Edwin, Mohammad Dino Amid, Jabang Juntan, Mohd Irwan Abdullah, Rais Ahmat, Seroji Ludin, Abdul Khalid Manap, Peleadzman Ahip, Hamdan Katang dan Wan Hipni Wan Mohamad. 

Turut menerima ialah Ambrose Cheng Loi Hee, Bujang Rahman Seli, Alfred Geling Ason, Bujang Ladi, Kloni Kanang, Joseph Liaw, Ranum Bari, Lim Hock meng, Abdullah Jamil, Mohamad Rashdan Hazemi, Mohamad Shah Achang, Kueh Aik Seng, Stanley Geramong Bandar, Wilson Atong Limping, Lau Hieng Ping, Ajang Sirek Temenggong Wasil Nor, Mohad @ Geoffrey Mamat Kuchai, Chek Bujang, Liew Shark Sen, Utong Sigan, Hendi Suhai, Piee Alwi, Rosli Kamaruding, Kueh Tho Pok, Gee Ah Chok, Henry Bujang Sendan, Empusot Kilat, Gadam Sebang, Abdul Jalil Rambli, Mohamad Alie Sapiee, Pengiran Bala, Bakong Jantau, Uba Ungka, Karabat Dari, Naul Ngaba, Gawi Majang, Garop Saging serta Jua Langkau. 

Senarai penerima lain ialah Bulit Jimbun, Nili Galiga, Michael Acnho Tabor, Sawing Peti, Lumpoh Ngumbang, Tom Dap, Tujoh Umping, Akim Randep, Clement Bangga, Sengalang Uyang, Danji Ain, Karel Sawek, Medan Caleh, Jampong Daong, Michael Dek Low, Midong Gunde, Muhaini Saat, Nais Danggo, Ngindang Aget, Nyobis Sines, Salamon Bujang, Fabian Wong Boon Soon, Iran Laba, Nyapay Munyid, Kasaw Bantil, Salang Kara, Walter Ted Wong, Abit Bedindang, Willy Busu Minggat, Bingkok Mambang, Luhem Suring, Abu Hassan Dol, Ahmat Nandong, Bahoa Anggeh, Jiku Nader, Fredrick Miyub serta Manggie Jimi. 

Manakala, 35 penerima terakhir ialah Matahir Ebrahim, Mesalim Dris, Mijom Kueh Ndiem, Numpang Baring, Nyanyang Angi, Robert Guan Wing Onn, Fabiah Jijih Nyok, Hambran Badong, Awang Julaihi Awang Umar, Beli Anis, David Muyai, Junga Kasim, Rakow Sidem, Rusip Ngadek, Sim Eng Hua, Taib Sango, Mejar (B) Wong Sing Nang, Sandoi Jangga, Dominic Asang Subing, Hosen Yan, Kipo Ngada, Lai Kim Chee, Monday Juhid, Zulkipli Ayup, Toulsimani Lachiminen, Dicker Bisang, William George Jebron, Hasnan Rajuli, George Nyanggau, Francis Irudayasamy, Lim Koi Pang, Murugasan Ramasamy, Chin Hui Seng, Kaw Uja, Mamat Baring dan Bala Sigaw.

Hadir sama, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datuk Hii Chang Kee.

Terdahulu, pada 4 Julai lalu berlangsung majlis penganugerahan Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan daripada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada seramai 189 individu.

Lima daripadanya merupakan penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas), manakala selebihnya menerima Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak).

Lima penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Leonard Chang dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah