ARTIKEL

Kredit: Bernama

18 Maut Bas Terjunam Ke Sungai Di Ibu Negara Algeria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALGIERS (Algeria): Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam Sungai Oued El Harrach di tengah Algiers, menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam Algeria pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, perkhidmatan berkenaan memaklumkan kemalangan itu berlaku di bandar El Harrach, menyebabkan 18 maut dan sembilan yang lain cedera, termasuk dua dalam keadaan kritikal.

Sebanyak 25 ambulans, 16 penyelam dan empat bot dikerahkan untuk membantu mangsa. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU