ARTIKEL

PRN Melaka: Penamaan calon serentak di 28 pusat, kempen 14 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula serentak di 28 pusat di seluruh negeri pada 9 pagi hari ini.

Bakal calon diberi masa sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum senarai calon layak diumumkan.

Selepas pengumuman itu, kempen berlangsung selama 14 hari hingga 11.59 malam, 13 Nov, mengikut jadual Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala hari mengundi ialah 14 Nov dan pengundian awal pada 10 Nov.

Setakat Khamis malam, SPR merekodkan 189 borang penamaan calon dibeli dan 45 bakal calon sudah menjelaskan bayaran deposit.

PRN kali ini mempunyai 687,697 pemilih layak, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera berserta pasangan dan 2,762 anggota polis seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang