182 KIR di tiga blok PPR Bandaria Park terima bantuan makanan daripada Talib

BINTULU: Seramai 182 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPR Bandaria Park yang terjejas susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan menerima bantuan bekalan makanan daripada Adun Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Pengagihan bantuan diketuai pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak, Shamsudin Abdul Razak kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PPR Bandaria Park, Kamri Rani.

Mewakili penduduk PPR Bandaria Park, Kamri menzahirkan terima kasih kepada keprihatinan Talib yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) menyumbang bantuan makanan kepada mereka.

Pada masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kakitangan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak dalam membantu proses pengagihan bantuan tersebut.

Tiga blok (P,O dan D) di PPR Bandaria Park diarahkan menjalani sekatan pergerakan sejak 29 Januari lalu.

Pengagihan bantuan makanan sumbangan Talib kepada penduduk di tiga blok PPR Bandaria Park.

Suara Sarawak