ARTIKEL

Polis membuat sekatan jalan raya pada Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2024.

19 individu ditahan ambang tahun baharu 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan 19 individu dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2024 di sekitar bandar Kuching Ahad lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, kesemua yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan kes curi kenderaan dan dadah termasuk tiga lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Polis menahan suspek atas pelbagai kesalahan pada Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2024.

Katanya, lima individu ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan kes curi kenderaan.

“Manakala, tiga individu ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 1.77 gram.

Operasi melibatkan 14 pegawai kanan dan 129 anggota polis membuat pemeriksaan kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat hiburan, pusat komersil serta taman-taman perumahan di sekitar bandar raya Kuching.

“Lapan individu lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah.

“Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara katanya, tiga lelaki warga tempatan ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dalam Op Mabuk di Jalan Laksamana Cheng Ho.

Merbin berkata, kesemua suspek didapati positif ujian EBA dan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Tambahnya, sebanyak 17 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik hasil pemeriksaan 92 buah kenderaan terdiri daripada 38 buah motosikal, 45 buah motokar dan sembilan buah van. 

Merbin berkata, operasi yang bermula jam 9 malam hingga 5 pagi itu melibatkan 14 pegawai kanan polis dan 129 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil serta semua balai polis.

Katanya, operasi dijalankan di kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat hiburan, pusat komersil serta taman-taman perumahan di sekitar bandar raya Kuching.

Tambahnya, seramai 483 individu dan 371 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah diadakan bagi mencegah kejadian jenayah dan mengekalkan keselamatan awam sempena ambang tahun baru 2024. 

“Justeru itu, pihak polis mengingatkan masyarakat dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan tindakan dan perbuatan yang mengganggu gugat ketenteraman awam,” ujarnya. 

Katanya, sekiranya terdapat sebarang maklumat kejadian jenayah, dadah dan trafik boleh disalurkanke Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau di balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu