ARTIKEL

ATM komited sertai derma darah Hospital Umum Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 12 pegawai dan 120 anggota pasukan Rejimen 511 Askar Wataniah (Rej 511 AW) hadir memberi sokongan terhadap kempen derma darah di Dewan Tan Sri Hamid Bugo Kem Ria, di sini hari ini.
Komander Rej 511 AW Brigedier Jeneral Abang Mohamad Abang Marzuki berkata beliau berbangga atas komitmen ditunjukkan oleh pegawai serta anggota yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Beliau pada masa sama berharap agar petugas untuk terus kekal komited dalam perlaksanaan Ops Penawar bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penguatkuasaan prosuder operasi standard (SOP) Covid-19.
“Isu kekurangan bekalan darah dan trend menderma yang semakin berkurangan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menimbulkan kerisauan pihak Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Bekalan-bekalan darah ini adalah penting bagi memastikan proses dan operasi HUS dapat berjalan lancar lebih-lebih lagi waktu pandemik Covid-19 yang mencabar ini,” katanya.
Sementara itu Timbalan Komander Rejimen 511 AW Lt Kol Mohd Nadzri Ismail berkata penganjuran kempen itu merupakan usaha sama pihaknya dalam membantu pihak HUS menjayakan misi untuk menyasarkan sebanyak 120 beg darah.
Program bermula sekitar jam 9 pagi itu turut menyaksikan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Briged Jeneral Datuk Azhar Ahmad sebagai penderma darah sekali gus memberi sokongan terhadap kempen yang dijalankan.

SOP…Anggota ATM berbaris menunggu giliran menderma darah

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan