SIBU: Komuniti peniaga yang terlibat dalam perniagaan yang tidak disenaraikan dalam sektor perkhidmatan penting di bandar Sibu disarankan supaya menggunakan pendekatan atau cara baharu untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Saranan ini di buat oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh ketika bersiaran langsung menerusi laman sosial rasmi MPS yang berbicara mengenai sektor-sektor perniagaan yang dibenarkan berniaga pada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Khususnya (PKPK) yang dilaksanakan di Bahagian Sibu, hari ini (Selasa).
Turut bersamanya ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang. Beliau memberitahu dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 17 Mei depan maka SOP PKPK akan turut terpakai pada tempoh tersebut memandangkan telah mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
“Sebelum ini, SOP PKPK hanya sampai 10 Mei tetapi JPBN telah mengumumkan ia dilanjutkan lagi sehingga 17 Mei susulan situasi pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di negeri ini.
“Ini bermaksud, kita di Sibu termasuk daerah Selangau dan Kanowit akan mengguna pakai SOP PKPK. “Saya tahu ini banyak menjejaskan ramai orang khususnya komuniti peniaga yang bukan dari sektor perkhidmatan penting,” ujar beliau.
Rentetan itu, beliau berharap golongan peniaga berkenaan dapat mencari sesuatu cara yang boleh menjadikan perniagaan mereka berjalan seperti biasa.
“Misalnya, berniaga mengikut norma baharu ketika ini iaitu atas talian. Buat sesuatu yang kreatif dalam mempromosikan produk anda. Ada banyak cara jangan putus asa.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021