ARTIKEL

Sarawak belanja lebih RM17 juta bantu penduduk PKPD tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM17,419,915.26 untuk 200,842 bakul makanan kepada penduduk yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat semalam.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan tersebut untuk seramai 197,997 Ketua Isi Rumah (KIR) di 1,439 lokaliti yang terlibat.

“Berbanding hanya satu kawasan dikenakan PKPD pada tahun lalu, iaitu Kampung Haji Baki dengan perbelanjaan sebanyak RM209,800 dan 4,196 bakul makanan,” katanya selepas pengagihan bakul makanan penduduk PKPD di Kampung Tabuan Melayu, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, setakat 18 Julai, masih terdapat 62 kawasan di Sarawak yang menjalani PKPD dengan jumlah tertinggi adalah di Bahagian Sarikei iaitu 13 lokaliti.

“Diikuti Betong dengan 10 kawasan, Kuching (9), Sibu (8), Kapit (7), Bintulu (7), Miri (7) dan Sri Aman (1),” katanya lagi.

Mengenai PKPD di Kampung Tabuan Melayu, Fatimah berkata ia melibatkan sejumlah 2,471 KIR dari Tabuan Dani (657), Tabuan Lot (570), Tabuan Tengah (305), Tabuah Lama (430), Tabuan Hilir (320) dan Tabuan Cemerlang (180).

Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha