ARTIKEL

Seberkas Stakan agih 1,000 paket bubur lambuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 1,000 paket bubur lambuk telah diagihkan oleh Seberkas Cawangan Stakan sempena Program Jerayawara Bubur Lambuk 2021, hari ini.

Pengerusi Seberkas Cawangan Stakan Kaunselor Bakar Suut berkata, bubur lambuk tersebut akan diagihkan kepada 10 buah kampung Melayu-Islam di kawasan Stakan.

“Oleh kerana kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai, bubur lambuk ini akan diserahkan kepada Ketua Unit Seberkas di setiap kampung.

“Mereka juga akan membantu mengagihkan bubur yang disumbangkan kepada penduduk di kawasan masing-masing, ia sekali gus memudahkan kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui dalam program Jerayawara Bubur Lambuk 2021, di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, pihak Tay Motor juga telah menyumbangkan sebanyak 1,000 paket kurma dan pelitup separuh muka untuk diagihkan bersama-sama dengan bubur lambuk tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Tay Motor (M) Sdn Bhd Aaron Tay Kok Tung berkata, sumbangan diberikan kerana pihaknya ingin bersama-sama menyokong program yang dilaksanakan oleh pihak Seberkas Cawangan Stakan itu.

“Kita tahu bukan mudah untuk melaksanakan program ketika musim Covid-19 dan dengan program pengagihan bubur lambuk seperti ini kita juga dapat bersama-sama meraikan bulan Ramadan.

“Sumbangan kami ini juga merupakan salah satu cara untuk menghargai pelanggan yang beragama Islam khususnya dari kawasan Stakan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha