ARTIKEL

2.9 juta tontonan dalam tempoh 48 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sempena dengan kempen “Barang Baik, Barang Kita” yang mempromosikan barang buatan Malaysia, Siri animasi popular, Upin & Ipin meraih 2.9 juta tontonan dalam tempoh 48 jam disiarkan melalui platform YouTube.

Episod 14 itu yang menyaksikan penampilan khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mendapat maklum balas luar biasa dalam kalangan peminat siri berkenaan.

Malah, Alexander adalah menteri Kabinet pertama yang membuat kemunculan khas dalam siri animasi itu yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak di negara ini, begitu juga negara serantau.

Ia mencatatkan rekod pencapaian tersendiri untuk syarikat penerbitan siri animasi popular berkenaan, Les Copaque Production Sdn Bhd apabila episod berkenaan meraih jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh yang singkat.

Alexander berkata, penerbitan episod itu sebahagian daripada usaha kementeriannya dalam menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), khusus bagi membantu membina semula ekonomi domestik negara ini dan meningkatkan kuasa beli rakyat.

“Ia jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu mempromosikan barangan buatan tempatan yang berkualiti dan setanding barangan luar melalui slogan ‘Barang Baik, Barang Kita’,” katanya.

Katanya, pelbagai pendekatan digunakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mempromosikan KBBM di semua peringkat lapisan rakyat, termasuk golongan kanak-kanak.

Malah, Alexander turut menganggap kemunculannya dalam siri animasi popular itu sebagai pengalaman yang cukup unik dan satu penghormatan untuknya.

YouTube player

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan