ARTIKEL

2 Maut, 4 Cedera Parah Dilanggar Kereta Api Di Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHEONGDO: Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah pada Selasa selepas dilanggar sebuah kereta api penumpang di Bandar Cheongdo, tenggara Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.


Nahas berlaku kira-kira 10.50 pagi berhampiran Stadium Laga Lembu Cheongdo apabila sebuah kereta api Mugunghwa yang dalam perjalanan ke Jinju di Wilayah Gyeongsang Selatan melanggar tujuh pekerja yang sedang memeriksa struktur di cerun berhampiran landasan, menurut polis dan Korea Railroad Corp (KORAIL) yang dikendalikan oleh kerajaan.


Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun dua daripada mereka disahkan meninggal dunia. Seorang lagi pekerja hanya mengalami kecederaan ringan.


Terdapat 89 penumpang di atas kereta api itu, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.


Menurut KORAIL, kerja pemeriksaan dijalankan susulan hujan lebat yang melanda Cheongdo baru-baru ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.


— BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU