KUCHING: Jumlah daerah berstatus merah di Sarawak meningkat kepada 20 daerah apabila dua lagi daerah bertukar daripada status jingga kepada merah, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, dua daerah itu iaitu Sri Aman dan Bukit Mabong bertukar status merah setelah masing-masing merekodkan sejumlah 50 kes dan 44 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Sementara itu, JPBN mendedahkan daerah Tatau bertukar daripada status kuning kepada jingga setelah merekodkan sejumlah 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Sebanyak lima daerah masih berstatus jingga dan empat daerah lain kekal berstatus hijau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.






