Pemilik kucing di Poland dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang selepas laporan sekurang-kurangnya 20 kucing mati akibat selesema burung di Poland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
WHO menerbitkan pemberitahuan rasmi ke atas wabak itu di Geneva pada Isnin, satu langkah yang sewajarnya mendorong negara lain untuk mengetatkan pengawasan.
Bagaimanapun, WHO menilai risiko jangkitan adalah rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.



