ARTIKEL

Gambar Hiasan

20 maut tragedi bot Congo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TRAGEDI bot terbalik di kawasan pertemuan Sungai Kasai dan Sungai Sankuru, berdekatan bandar Ilebo di wilayah Kasai, Republik Demokratik Congo (DR Congo) meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, manakala lebih 100 penumpang lain dilaporkan masih hilang, lapor Xinhua.

Pentadbir Ilebo, Francois Kabula, mengesahkan kepada media tempatan pada Sabtu bahawa 80 penumpang terselamat selepas berjaya dibantu oleh nelayan yang kebetulan berada di lokasi semasa kejadian berlaku.

“Kami telah menemukan 20 mayat manakala 80 mangsa lagi terselamat. Operasi pencarian berdepan kesukaran,” kata Kabula.

Berdasarkan maklumat daripada sumber tempatan, bot yang sarat muatan barangan serta lebih 200 penumpang itu dilaporkan karam pada lewat malam antara Selasa dengan Rabu, ketika sedang menuju ke Sankuru dari Ilebo.

Lebihan muatan dipercayai menjadi punca kemalangan tersebut, tambah sumber itu. -Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah