ARTIKEL

20 peratus sawit tidak dituai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sekurangkurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.

Pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau berharap perkara itu dapat diatasi dengan segera.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM730 juta untuk sektor perladangan dan komoditi dalam Belanjawan 2024, membolehkan pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membangunkan industri sawit. Selain penambahbaikan, katanya beliau turut berharap cukai yang dikenakan terhadap industri sawit dapat disemak kembali.

“Sektor kelapa sawit menghadapi pelbagai tekanan dengan kadar 24 peratus dikenakan untuk pendapatan bercukai kepada syarikat, cukai luar jangka sebanyak tiga peratus, cukai perkhidmatan (SST) 7.5 peratus bagi Sabah dan 5.0 peratus bagi Sarawak.

“Kadar ses semasa pula adalah RM16 setiap tan pengeluaran minyak sawit mentah dan Jabatan Imigresen mengenakan RM2,200 seorang untuk lanjutan levi bagi pekerja yang bekerja melebihi 10 tahun,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai tekanan berterusan ke atas pemain industri yang akan menjejaskan prestasi sektor itu yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. – Bernama

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk