ARTIKEL

200 set barangan bersubsidi terjual dalam sejam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pusat Khidmat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Parlimen Sibu mengadakan aktiviti Jualan Agro MADANI di kawasan Rumah Franky Bawok, Rantau Panjang (depan SK Rantau Panjang).

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata, sebanyak 200 set barangan bersubsidi itu berjaya dijual dalam masa 1 jam 15 minit.

“Harga setiap set barangan subsidi khas ini ialah RM10 berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ sehingga habis dijual

. “Pakej makanan bersubsidi itu merangkumi dua kilogram beras, mi segera, biskut, tepung, minyak masak paket dan gula,” katanya, di sini.

Oscar berkata, aktiviti Jualan Agro MADANI itu dianjurkan dengan kerjasama Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Hari ini, pihak berkenaan turut membawa ratusan papan telur ayam (30 biji telur setiap papan) dan lima jenis gred telur untuk dijual kepada penduduk rumah panjang dan kawasan sekitarnya, pada harga lebih murah dan usaha ini mendapat sambutan sangat baik.

“Aktiviti ini bermula pada awal pagi kerana ramai orang beratur dan pihak penganjur juga sudah bersedia,” katanya.

Rentetan itu, Oscar juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk rumah panjang atas sokongan penuh mereka.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU