ARTIKEL

2024 Sarawak, Putrajaya mengorak langkah baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KERAJAAN Persekutuan sebelum ini komited memastikan capaian Internet menyeluruh di seluruh pelosok Sarawak menjelang 2024.

Sasaran itu mampu dicapai melalui pelaksanaan Jendela Fasa 2 dengan lebih 600 kampung di Sarawak bakal mendapat akses capaian Internet menggunakan teknologi satelit.

Sebanyak 600 kampung di Sarawak itu merupakan antara 1,400 kampung di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan capaian Internet yang kurang memuaskan. 

Langkah ini sejajar Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak yang digerakkan 2024 untuk menuju fasa ketiga menjadikan Sarawak lengkap sebagai negeri digital menjelang 2030.

Dalam perkembangan terbaru, merasmikan Majlis Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak pada 11 Ogos 2023, Abang Johari optimis pendapatan Sarawak pada 2024 mencatatkan pertambahan dan menjadi lebih tinggi berbanding 2023.

Menurut beliau, susulan kejayaan inisiatif ‘revenue re-engineering’, pendapatan tersebut mampu dicapai berikutan trend pendapatan Sarawak 2023 menunjukkan pertambahan serta melebihi hasil 2022.

Menurut Abang Johari, baru enam tahun menjadi Premier, hasil pendapatan Sarawak meningkat dua kali ganda.

Sarawak memperoleh RM12 bilion pada 2022 menambah hasil pendapatan negeri (biasanya kutipan sehingga RM5 bilion) dengan pendapatan isi rumah semakin meningkat.

DIIKTIRAF BANK DUNIA

“Bahkan Bank Dunia mengiktiraf Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi,” kata Abang Johari.

Perkembangan ini sejajar kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang menggariskan pelaksanaan pembaharuan menjadikan Malaysia tergolong antara 12 ekonomi terbaik di dunia dari segi daya saing dan ‘ease of doing business’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Sumitomo Corporation, Tesla, Rongsheng, Geely dan Samsung Engineering memberi komitmen melabur di Malaysia.

Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun, naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 menurut data Bank Dunia pada 2022.

Malaysia kini berada pada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling berdaya saing di dunia daripada ke-32 tahun lalu menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2023.

Jelas, bahawa pada 2024, semua petanda ini mampu menjadi petunjuk bagi Sarawak bergerak ke fasa seterusnya menganjak dan mengharapkan pulangan positif dasar ekonomi digital.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU