ARTIKEL

21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebanyak 21 negara mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei ini.


Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, dengan memaklumkan pihaknya menerima surat rasmi daripada 12 pasukan yang akan berentap bagi kategori Premier dan sembilan pasukan bagi kategori Divisyen 1 untuk beraksi di kejohanan berprestij itu.


“Untuk Premier ada 12 negara iaitu Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina. Divisyen 1 pula ada sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh,” katanya.


Beliau berkata keputusan penyertaan 21 negara itu muktamad dan tidak akan ada penambahan pasukan pada masa akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU