ARTIKEL

Yusuf Abd Wahab bersama-sama warga KEMAS pada majlis Apresiasi Parlimen Tanjong Manis.

22 Tabika KEMAS di Tanjong Manis Dinaik Taraf Dengan Peruntukan RM1.74 Juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa pendidikan prasekolah di Parlimen Tanjong Manis terbukti melalui peruntukan berjumlah RM1.74 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf prasarana 22 buah Tabika KEMAS sepanjang tempoh dua tahun ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab berkata, peruntukan tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak diberi keutamaan, khususnya bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada anak-anak di kawasan luar bandar.

Usaha itu katanya, mengukuhkan peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai agensi penting yang menyokong pembangunan pendidikan, kemahiran dan kesejahteraan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Keadaan sesetengah premis KEMAS yang sempit dan serba kekurangan mendorong saya menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membantu naik taraf premis prasekolah ini.

“Antara kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan termasuklah mengecat semula bangunan, penambahan ruang memasak, pembinaan tangga, pembaikan struktur serta penambahbaikan kemudahan asas,” katanya pada Majlis Apresiasi KEMAS Parlimen Tanjong Manis, semalam.

Beliau berkata, kos projek berbeza antara RM30,000 hingga RM100,000 bergantung keperluan.

Mengulas peranan KEMAS, Yusuf berkata, memainkan fungsi utama dalam pendidikan awal kanak-kanak selain melaksanakan pelbagai program pembangunan masyarakat luar bandar dan pendidikan sepanjang hayat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU