ARTIKEL

Shalby berucap dalam Program Memacu Kehidupan Gawai Segulai Sejalai sempena Gawai Dayak di Rumah Nikolie Nelly, Sungai Serakit, Sebauh, pada Sabtu.

220 keluarga kurang berkemampuan terima sumbangan bakul makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 220 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Bintulu menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Memacu Kehidupan Gawai Segulai Sejalai sempena Gawai Dayak.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan PETRONAS di bawah fokus kesejahteraan komuniti, bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dan menyemarakkan semangat perayaan Gawai.

Menurut Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Sarawak Asset, Shalby Reduan, usaha ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memperkasakan komuniti setempat bukan sahaja dalam aspek sosial dan ekonomi, tetapi juga dalam pendidikan, pembangunan masyarakat dan penjagaan alam sekitar.

Shalby bersama Thadeus dan tetamu jemputan lain minum ai pengayu sempena Program Memacu Kehidupan Gawai Segulai Sejalai di Rumah Nikolie Nelly, Sungai Serakit, Sebauh, pada Sabtu.

“Sejak bertapak di Sarawak, kami sentiasa komited dalam memperkasa komuniti melalui program yang memberi impak positif dan berkekalan.
Sempena musim perayaan ini, kami teruskan program ini untuk menyampaikan kegembiraan Gawai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Memacu Kehidupan Gawai Segulai Sejalai PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Sarawak Asset di Rumah Nikolie Nelly, Sungai Serakit, Sebauh, pada Sabtu yang turut dihadiri Pegawai Daerah Sebauh, Thadeus Ling Bartholomew Allu.

Selain Sebauh, PETRONAS turut menjelajah ke kawasan rumah panjang di Tinjar dan Baram bagi menyampaikan bantuan bagi menzahirkan pendekatan menyeluruh syarikat dalam memastikan tiada komuniti yang tersisih.

Shalby turut menzahirkan penghargaan kepada Tuai Rumah Nikolie Nelly kerana sudi menjadi tuan rumah kepada program kali ini serta berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara tersebut dengan lancar.

“Kerjasama erat antara PETRONAS dan agensi kerajaan dalam pelbagai program sebelum ini membuktikan bahawa kita berkongsi matlamat yang sama – iaitu untuk memperbaiki kehidupan masyarakat di Sarawak melalui pendekatan yang sesuai dengan keperluan setempat,” tambah beliau.

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah itu turut memberi ruang kepada warga PETRONAS dan penduduk tempatan untuk berinteraksi serta mengeratkan hubungan, sejajar dengan semangat Gawai yang meraikan perpaduan dan kesyukuran.

Program Memacu Kehidupan merupakan antara platform utama PETRONAS dalam memperkukuh peranannya sebagai rakan pembangunan komuniti, sejajar dengan aspirasinya untuk membawa kemajuan bersama ke seluruh pelosok negeri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha