220 kes positif baharu, 199 kes pulih di Sarawak hari ini

KUCHING: Terdapat 220 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,765 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut kes yang direkodkan di daerah Bintulu (57), Sibu (54), Miri (37), Kapit (20), Kuching (12), Julau (10), Dalat (lapan), Sarikei (lima), Meradong (lima), Betong (empat), Song (dua), Subis (satu), Bau (satu), Mukah (satu), Samarahan (satu), Bukit Mabong (satu) dan Selangau (satu).

Sehubungan itu kata Uggah, hari ini terdapat 199 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (82), Hospital Umum Sarawak (47), Hospital Bintulu (30), PKRC di bawah Hospital Kapit (22), Hospital Sarikei (17) dan Hospital Miri (satu).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 7,263 orang atau 74.38 peratus dari jumlah keseluruhan kes di Sarawak,” katanya dalam sidang media perkembangan harian Covid-19 di Sarawak hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,385 orang.

Menurunya, 1059 kes di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu; 340 kes di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching; 327 kes di Hospital Bintulu dan PKRC di Bintulu; 197 kes di Hospital Miri dan PKRC di Miri; 193 kes di Hospital Kapit dan PKRC di Kapit; 190 kes di Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei; 44 kes di Hospital Betong dan PKRC di Betong, dan 35 kes di Hospital Sri Aman dan PKRC di Sri Aman.

“Setakat hari ini juga terdapat 220 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” ujarnya.

Suara Sarawak