ARTIKEL

Antara barangan yang dirampas semas serbuan semalam.

23 lelaki ditahan terlibat judi sabung ayam di ladang kelapa sawit Jalan Tatau-Selitut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 23 lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti sabung ayam secara haram di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tatau-Selitut, semalam (Ahad).

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis berkata kesemua suspek berusia antara 30 hingga 72 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 3.50 petang.

“Ketika serbuan, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan, namun berjaya dikepung dan diberkas oleh pihak polis.

“Polis turut merampas 11 ekor ayam sabung, dua ‘cockspurs’, sebuah papan judi, dua kanvas, sebatang pen penanda hitam, satu unit penimbang, enam kerusi dan wang tunai berjumlah RM516,” katanya.

Jame berkata, kesemua suspek didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha