ARTIKEL

gambar hiasan

23 Maut Dalam Kebakaran Kelab Malam Di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Seramai 23 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di negeri pelancongan Goa di barat India, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pegawai.


Kejadian itu berlaku pada tengah malam Sabtu di daerah Arpora, menurut Ketua Menteri Goa Pramod Sawant menerusi hantaran di X.


“Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kita semua di Goa. Insiden kebakaran besar di Arpora telah meragut 23 nyawa,” katanya.


Selepas melawat lokasi kejadian, Sawant berkata beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan.


“Mereka yang didapati bertanggungjawab akan dikenakan tindakan paling tegas mengikut undang-undang – sebarang kecuaian akan ditangani dengan tegas,” katanya.


Kebakaran pada Sabtu itu dilaporkan berpunca daripada letupan silinder, menurut Press Trust of India.
— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan