ARTIKEL

PENGERUSI...Osman Jamil.

23 pasukan buru gelaran juara, perlawanan dijangka sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau merangkap Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi bermula Ahad (28 April) ini.

Sebanyak 23 pasukan mewakili pelbagai kelab berentap untuk merebut gelaran juara edisi kali ini.

Pengerusi kejohanan, Osman Jamel, memberitahu kejohanan itu, yang merupakan program penyeri suasana setiap kali lebaran tiba di kawasan tersebut dijangka sengit.

Menurut Osman, meneliti senarai pasukan bertanding yang turut mempertaruhkan kelibat pemain ternama di zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.

“Saingan bermula hujung minggu ini (Ahad) dan kita yakin aksi sengit bakal disaji pemain dari pasukan terlibat kepada penonton yang membanjiri persekitaran padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau nanti,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Lima perlawanan akan berlangsung Ahad ini.
Dua aksi pada sebelah pagi iaitu Kaslo menentang Lariwoo (8:45 pagi) dan disusuli perlawanan antara Pheonix Plus Vet dan Jemukan Veteran (9:45 pagi).

Sementara itu, tiga perlawanan akan berlangsung pada sebelah petang.

AWS FT menentang Tedong Melancar (2:00 petang), MA FC menentang SU ENT FC (3:15 petang) dan VET KEM menentang KRP Samariang (4:30 petang).

Kejohanan berprestij anjuran PBB Cawangan Sebuyau dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sebangan seperti mana biasa menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,000 bagi kelompok tiga pasukan terbaik.

TAKLIMAT…Beberapa wakil pasukan diberi taklimat oleh Mohammad Esa Ederis (kiri) semasa cabutan undi.

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA