ARTIKEL

BAHARU... Fatimah (tengah) melakukan simbolik penyerahan mesin hemodialisis kepada Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr Mohd Asri Riffin.

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kesemua mesin terbabit akan diagihkan ke 14 buah pusat kesihatan di seluruh Sarawak.

“Lokasi penempatan 24 buah mesin hemodialisis merangkumi satu di Pusat Jantung Sarawak, dua di Hospital Lundu, satu di Hospital Serian.

“Hospital Betong akan menerima tiga, Klinik Kesihatan Debak satu, Hospital Saratok satu, Hospital Kanowit satu, Hospital Mukah tiga, Hospital Dalat satu, Hospital Sarikei dua, Klinik Kesihatan Tatau dua, Hospital Bintulu tiga, Hospital Limbang satu dan Hospital Lawas dua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan mesin Hemodialisis di bawah Inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, hari ini.

Tegasnya, ia antara usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan pesakit buah pinggang di negeri ini tidak ketinggalan dalam mendapatkan rawatan terbaik, di samping membantu meringankan beban golongan atau pesakit bersasar.

Turut hadir, Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Adana Jed.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke