MUKAH: Sebanyak 25 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos keseluruhan berjumlah RM5 juta telah disenaraikan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata projek-projek yang akan dilaksanakan ini nanti merangkumi Daerah Mukah dan Dalat.
“Daerah Dalat melibatkan kawasan Ulu Baoh, Nanga Baoh dan Kampung Penat.
“Semoga urusan untuk melaksanakan projek ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Sehubungan itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Mukah yang mengadakan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek RTP Daerah Mukah Bil 2/2024.
Ujarnya, penyelarasan mesyuarat ini adalah penting bagi projek-projek tersebut.
“Terima kasih juga atas komitmen teknikal agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).
“Ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan projek-projek RTP yang dirancang sentiasa berjalan mengikut perancangan,” tambahnya.






