ARTIKEL

2,500 peserta meriahkan Farley Riang Ria 2.0 di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 2,500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan program Farley Riang Ria 2.0 yang berlangsung di perkarangan Pasar Raya Farley di sini, hari ini, menerusi pelbagai aktiviti rekreasi, kekeluargaan, kesihatan dan keselamatan.

Pengarah Pasaraya Farley, Eiyen Lau berkata, penganjuran program itu mencerminkan komitmen Farley Bintulu dalam membina komuniti yang lebih sihat, harmoni dan bersatu padu.

Eiyen bersama Johnny Pang menyertai aktiviti senamrobik zumba sempena Farley Riang Ria 2.0.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, Farley bukan sekadar berfungsi sebagai pusat membeli-belah, malah turut berperanan sebagai platform komuniti untuk berkumpul, berinteraksi dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Kami mahu Farley menjadi tempat keluarga berkumpul, kanak-kanak menjalinkan persahabatan dan masyarakat daripada pelbagai latar belakang berinteraksi antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Farley Riang Ria 2.0 yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, yang menyempurnakan acara pelepasan peserta.

Program berkenaan mendapat tajaan utama Mayora Malaysia menerusi jenama Le Minerale, sekali gus menyokong usaha menjayakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Antara pengisian utama program ialah larian santai sejauh 3.5 kilometer, senamrobik zumba, permainan, cabutan bertuah serta demonstrasi anjing Unit K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Kepelbagaian pengisian itu bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat menjalani aktiviti riadah bersama keluarga, malah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan dalam kehidupan seharian.

Eiyen dan Johnny Pang menyertai aktiviti larian santai sempena Farley Riang Ria 2.0.

BERITA LAIN

Intai wajah baharu

PERANCANGAN Kuching City FC untuk membentuk sebuah pasukan lebih kompetitif bagi mengharungi baki saingan musim 2026/2027 kini memasuki fasa penting apabila jendela perpindahan pemain semakin

Berundurnya Gibran

PELETAKAN jawatan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden – pengunduran pemimpin muda yang membuka persoalan lebih besar berkaitan kuasa, legasi Jokowi, kedudukan Prabowo dan masa

BERITA TERBARU