ARTIKEL

Janji untung 45 peratus setahun, eksekutif Kulai ditipu kenalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Seorang pegawai eksekutif berusia 29 tahun mengalami kerugian RM617,159 selepas dipercayai ditipu kenalannya melalui pinjaman wang dan pelaburan saham dalam perniagaan aksesori kereta yang tidak wujud.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee, menyatakan mangsa membuat laporan polis semalam selepas gagal mendapatkan semula wang yang diserahkan kepada suspek yang dikenalinya sejak 2018.

Siasatan awal mendapati suspek mula meminta mangsa meminjamkan wang pada 2022, lalu menawarkan pelaburan saham pada 22 Dis 2024 dengan janji pulangan keuntungan 45 peratus dalam setahun.

Kerana mempercayai suspek, mangsa bersetuju meminjamkan wang serta menyertai pelaburan itu, dengan membuat 72 pemindahan dalam talian ke enam akaun bank tempatan antara 30 Nov 2022 hingga 12 Mac 2026.

Mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila gagal mendapatkan semula wang dan mendapati nombor telefonnya disekat suspek, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

BERITA LAIN

Intai wajah baharu

PERANCANGAN Kuching City FC untuk membentuk sebuah pasukan lebih kompetitif bagi mengharungi baki saingan musim 2026/2027 kini memasuki fasa penting apabila jendela perpindahan pemain semakin

Berundurnya Gibran

PELETAKAN jawatan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden – pengunduran pemimpin muda yang membuka persoalan lebih besar berkaitan kuasa, legasi Jokowi, kedudukan Prabowo dan masa

BERITA TERBARU