ARTIKEL

Mangsa banjir di PPS Selangor meningkat pagi tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat pagi ini, sebaliknya angka di Perak terus menurun.

Di Selangor, seramai 1,884 orang daripada 532 keluarga di tiga daerah berlindung di PPS setakat pagi ini, berbanding 1,846 orang daripada 517 keluarga petang semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela di Kuala Selangor menempatkan mangsa paling ramai, iaitu 401 orang.

Di Perak pula, mangsa di enam PPS dalam lima daerah susut kepada 467 orang daripada 157 keluarga, berbanding 488 orang daripada 166 keluarga petang semalam seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca baik pada pagi ini, namun ribut petir dan hujan dijangka melanda semua daerah di Perak pada sebelah petang dan malam.

BERITA LAIN

Intai wajah baharu

PERANCANGAN Kuching City FC untuk membentuk sebuah pasukan lebih kompetitif bagi mengharungi baki saingan musim 2026/2027 kini memasuki fasa penting apabila jendela perpindahan pemain semakin

Berundurnya Gibran

PELETAKAN jawatan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden – pengunduran pemimpin muda yang membuka persoalan lebih besar berkaitan kuasa, legasi Jokowi, kedudukan Prabowo dan masa

BERITA TERBARU