ARTIKEL

Datuk Seri Mohamad Sabu

PRU Sarawak: Amanah tidak bertanding, tumpu persiapan PRU16

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Amanah memutuskan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak 12 Dis ini kerana mahu menumpukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), menurut Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan parti itu akan menggembleng usaha, sumber dan tenaga bagi memperkukuh kesiapsiagaan menjelang PRU16.

Mohamad turut mengakui pengorbanan ahli yang telah mencurahkan wang, masa dan tenaga sepanjang kempen pilihan raya negeri di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Dalam Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2026, beliau mengingatkan ahli parti di bawah Pakatan Harapan (PH) supaya membuat persediaan rapi, susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di tiga negeri itu.

Menurut beliau, kerjasama tersebut berpotensi mengubah landskap persaingan dengan lebih banyak pertandingan satu lawan satu, manakala sentimen kaum dan agama dibimbangi menguat serta menghakis prinsip keadilan, justeru rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dan berpegang pada kebenaran berlandaskan ilmu serta maklumat sahih seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU