ARTIKEL

RAKAM KENANGAN....Yakub merakam kenangan bersama penerima dalam majlis tersebut.

26 pelajar cemerlang SPM 2025 terima insentif kecemerlangan LAKKMS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 26 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menerima Insentif Kecemerlangan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) sebagai penghargaan atas pencapaian akademik mereka.

Penyerahan Sijil Insentif Kecemerlangan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang juga Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, Abdul Yakub Arbi, di pejabat Persatuan Melanau Mukah (PPMS), pada Jumaat.

Menurut Yakub, pemberian insentif berkenaan merupakan tanda penghargaan terhadap usaha dan pencapaian pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam SPM 2025.

“Insentif tersebut diharap dapat menjadi dorongan kepada penerima untuk terus berusaha mencapai kejayaan lebih tinggi dalam bidang pendidikan.

“LAKKMS berharap bantuan ini dapat memberikan galakan kepada para pelajar untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.

“Pencapaian 26 pelajar ini juga diharap menjadi contoh dan inspirasi kepada generasi muda Melanau untuk terus mengutamakan pendidikan,” katanya ketika menyampaikan insentif itu.

Sehubungan itu, katanya, usaha menghargai kecemerlangan akademik seperti itu penting dalam menyemarakkan semangat pelajar untuk terus mengejar kejayaan.

Jelasnya, pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggakan keluarga, malah mencerminkan potensi generasi muda Melanau untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat pada masa hadapan.

“Saya berharap kejayaan pelajar berkenaan dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai generasi muda untuk menjadikan pendidikan sebagai landasan mencapai masa depan yang lebih baik,” tambahnya.

TAHNIAH….Yakub menyampaikan insentif Kecemerlangan daripada LAKKMS
TAHNIAH….Yakub menyampaikan insentif Kecemerlangan daripada LAKKMS
TAHNIAH….Yakub menyampaikan insentif Kecemerlangan daripada LAKKMS

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah