ARTIKEL

269 pengendali makanan terpilih sertai Festival Makanan Kuching 2023.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 269 pengendali gerai makanan dan minuman daripada sejumlah 690 permohonan berjaya menyertai Festival Makanan Kuching, 2023.

Mereka yang berjaya menyertai festival makanan terbesar di Sarawak itu terpilih melalui sesi undian yang dijalankan di bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.

Menurut penolong penyelaras festival, Lim Kaa Kuan, semua yang berjaya itu merupakan pengendali makanan dan minuman untuk gerai kategori premium, tunggal dan separuh.

“Peruntukan gerai untuk setiap permohonan adalah dibahagikan mengikut peratusan jumlah pemohon berdasarkan kategori jenis gerai, bangsa pemohon dan makanan yang dijual.

“Sementara sesi undian yang diadakan hari ini adalah bagi memastikan proses pembahagian gerai untuk pemohon yang berjaya dilaksanakan secara telus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi undian untuk pengendali gerai makanan dan minuman Festival Makanan Kuching 2023, di sini, hari ini.

Tambahnya, secara keseluruhan sebanyak 285 gerai makanan dan minuman akan menyertai festival tersebut pada tahun ini dengan 16 daripadanya merupakan pengendali yang memenangi festival pada 2022, sekali gus melayakkan mereka secara automatik menjadi peserta.

Baca lain  NGO perlu terus proaktif dampingi masyarakat

Untuk rekod, festival pencinta makanan yang ditunggu setiap tahun itu akan berlangsung dari 28 Julai hingga 20 Ogos depan bertempat di Dewan Masyarakat MBKS, Jalan Padungan.

Pelbagai jenis makanan popular tempatan yang unik dijual untuk mempromosikan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU