ARTIKEL

BERCAKAP… Abdul Halim Abang Nailu bercakap pada sidang media selepas melaksanakan Ops Gegar di sini, malam Jumaat.

27 individu ditahan, bekerja tanpa permit sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 27 individu ditahan hasil serbuan di sebuah pusat hiburan di sekitar Bandaraya Kuching, pada malam Jumaat kerana disyaki bekerja tanpa permit sah.

Pengarah Imigresen Sarawak Abdul Halim Abang Naili berkata, kesemua warga asing itu terdiri daripada 17 wanita warga China; tujuh lelaki warga Indonesia; dua wanita warga Vietnam serta seorang wanita Indonesia.

“Kesemua individu ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen menerusi Ops Gegar yang bermula sekitar jam 9.45 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melaksanakan Ops Gegar di sini, malam Jumaat.

Sementara itu kata Abdul Halim, operasi yang dilaksanakan selama lebih satu jam itu membabitkan 52 anggota JIM Sarawak.

Tambah beliau lagi, tangkapan dibuat berikutan hasil maklumat orang ramai dan risikan oleh para pegawai Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching.

“Operasi ini akan terus dilaksanakan bagi mengekang kemasukan warga asing tanpa dokumen perjalanan serta permit sah ke negara ini,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, sebanyak 117 operasi telah diadakan melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 1,448 warga asing dalam tempoh 1 Januari hingga 14 Februari 2024, di Sarawak.

Seramai 493 daripada jumlah itu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha