ARTIKEL

Para peserta merakam gambar kenangan selepas menghadiri Canva Training 2.0, baru-baru ini.

27 Sertai Canva Training 2.0 Anjuran AZAM Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak memperluas akses latihan kemahiran digital kepada masyarakat menerusi Canva Training 2.0 yang menghimpunkan 27 peserta sebagai usaha memperkasa komuniti dalam era komunikasi digital.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ali Suhaili berkata, pembangunan kemahiran digital merupakan antara keutamaan AZAM dalam melahirkan masyarakat yang lebih bersedia menghadapi perubahan landskap komunikasi masa kini.

“Belia hari ini bukan sekadar pengguna teknologi, mereka merupakan pencipta kandungan, penyampai maklumat dan ejen perubahan dalam masyarakat.

“Mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran komunikasi digital yang relevan agar mampu menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan memberi impak,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, program pembangunan kapasiti berkenaan merupakan kesinambungan Canva Training Siri 1.0 yang sebelum ini dianjurkan secara eksklusif kepada kakitangan AZAM, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan AZAM Young Souls (AYS).

“Canva Training 2.0 dianjurkan bagi meningkatkan literasi digital serta memperkukuh kemahiran komunikasi visual dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang,” jelasnya.

Beliau menambah, dalam era digital yang semakin berkembang, keupayaan menghasilkan kandungan kreatif, menarik dan berkesan bukan lagi sekadar satu kelebihan, malah menjadi kemahiran penting bagi membantu individu, organisasi dan komuniti berkomunikasi dengan lebih efektif.

Sementara itu, pesara dan bekas Pengurus Besar AZAM Sarawak, Zabariah berkata, latihan berkenaan membuka peluang kepada beliau mempelajari kemahiran baharu yang sebelum ini kurang didedahkan.

“Sesi ini sangat baik dan saya mempelajari kemahiran baharu. Saya selalu mendengar tentang Canva tetapi tidak pernah benar-benar tahu cara menggunakannya.

“Latihan ini sangat membantu dan mudah diikuti,” kongsinya.

Beliau turut mencadangkan agar AZAM mempertimbangkan penganjuran sesi khas untuk golongan lebih berusia memandangkan platform digital seperti Canva bukanlah sesuatu yang dekat dengan generasi mereka.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga