KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Haji Julaihi Narawi 2023 akan bermula Sabtu ini.
Sebanyak 28 pasukan akan berentap, sekali gus memburu kejuaraan musim ini.
Pengerusi Kejohanan Osman Jamel memberitahu, saingan kali ini menghimpunkan pasukan handalan sekitar Kuching, Samarahan serta daerah-daerah sekitarnya.
“Pusingan pertama akan disingkap tirainya Sabtu ini. Enam perlawanan akan berlangsung membabitkan 12 pasukan,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.
Padang Bola Sepak Kampung Sebangan, Sebuyau merupakan gelanggang rasmi sepanjang kejohanan itu berlangsung.
“Kita bakal disajikan dengan aksi hebat daripada pemain berstatus veteran hujung minggu ini.
“Saya percaya ramai bekas pemain skuad Sarawak dan kelab-kelab handalan era 90-an akan turun beraksi,” tambah Osman lagi.






