ARTIKEL

Steven (tengah) merakam gambar bersama-sama sebahagian peserta yang bakal bersaing dalam Kejohanan Ping Pong Sarawak Kali Ke-63.

28 peserta wakili Bintulu di Kejohanan Ping Pong Sarawak Ke-63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 28 peserta mewakili Persatuan Ping Pong Bahagian Bintulu bakal menggalas cabaran dalam Kejohanan Ping Pong Sarawak Kali Ke-63 yang akan berlangsung di Samarahan dari 27 hingga 30 Disember ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Ping Pong Bahagian Bintulu Simon Chieng Sing Hock, kontinjen Bintulu akan bersaing dalam 23 acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan empat hari itu, melibatkan kategori lelaki dan wanita pelbagai peringkat umur.

Beliau berkata pada kejohanan kali ini persatuan berkenaan hanya menghantar 28 peserta berbanding 40 peserta pada tahun lalu berikutan kekangan kewangan yang dihadapi.

“Walaupun penyertaan kali ini lebih kecil, pasukan Bintulu tetap membuat persiapan rapi termasuk latihan berterusan sejak beberapa bulan lalu dan kami optimis mampu memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas acara ringkas penyerahan bendera kepada kontinjen Bintulu oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Steven Kong Kai Seng di premis persatuan terbabit di sini, pada Ahad.

Tambah beliau, kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi platform penting untuk menguji kemampuan pemain di peringkat negeri, malah berperanan sebagai medan mencungkil bakat baharu yang berpotensi mewakili Sarawak ke kejohanan lebih besar pada masa hadapan.

Kejohanan Ping Pong Sarawak Kali Ke-63 dijangka menghimpunkan penyertaan daripada semua bahagian di negeri ini dan menjadi antara kejohanan tahunan utama dalam kalendar sukan pingpong Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU