3 Lions ke separuh akhir

SKUAD 3 Lions Rakan Cop mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Abang Johari 2019 setelah mengalahkan jaguh Lundu, Fadzio FT 2-1 dalam aksi di Padang KDFA, Sourabaya Indah petang semalam.

Walaupun ketinggalan 1-0 sepanjang 83 minit, namun 3 Lions bangkit hebat dalam tempoh enam minit terakhir untuk meledakkan dua gol penting.

Fadzio FT yang juga juara Liga Lundu 2019 mendahului pada minit ke-70 menerusi Amirul Ashfanizam Mezlan.

Ketika saingan seakan-akan tamat dengan jaringan 1-0, 3 Lions akhirnya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-84 melalui Mohammad Muizzudin Muqri Mazalan.

Iqmal Mustaqkim Kamrodin muncul wira 3 Lions apabila menjaringkan gol kemenangan empat minit sebelum tamat (minit ke-86).

Suara Sarawak