KUCHING: Tiga daripada 52 kes positif Covid-19 yang dikesan di Sarawak hari ini adalah melibatkan petugas kesihatan.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ketiga-tiga kes dikesan di Sibu dan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
Malah, 27 daripada keseluruhan kes di daerah berkenaan adalah melibatkan Kluster Pasai.
“17 lagi kes daripada lain-lain saringan Covid-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu dan dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
“5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif Covid-19 dan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara, Kluster Pasai terus menyumbang jangkitan tertinggi apabila mencatatkan 11 kes di Subis, 9 kes di Dalat, lima daripada enam kes di Kanowit, tiga kes di Song dan satu kes di Sarikei.
Selain itu, Kluster Rakut turut membimbangkan dengan lima kes di Bintulu, lima kes di Julau dan satu kes di Telang Usang.
Setakat ini, terdapat lapan kluster yang masih aktif iaitu Kluster Rakut, Kluster Bah Sayap dan Kluster Jelita di Miri, Kluster Bukit Sekubong di Sebauh, Kluster Pasai di Sibu, Kluster Keranji Tabuan dan Kluster Stutong di Kuching serta Kluster Mador di Meradong.

Umat Islam di Malaysia mula puasa esok
KUCHING: Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa esok,