ARTIKEL

Peserta yang telah sampai ke titik pemeriksaan (check point) F7 Gunung Santubong semasa Program Nekik Gunung sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, hari ini.

30 belia Pantai Damai sempurnakan pendakian Gunung Santubong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 30 belia dari kawasan Pantai Damai berjaya menyempurnakan pendakian di Taman Negara Santubong menerusi Program Nekik Gunung sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung hari ini.

Program anjuran Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Pantai Damai itu turut menghimpunkan belia tempatan dalam cabaran pendakian sehingga ke F7 Viewpoint.

Peserta Program Nekik Gunung di titik pemeriksaan (check point) F5 Gunung Santubong sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Ibu Pertiwi.

Menurut kenyataan, penganjuran program berkenaan bertujuan menyemarakkan jiwa merdeka dalam kalangan belia menerusi pengibaran Jalur Gemilang dan bendera Ibu Pertiwi di F7 Viewpoint sebagai simbol jati diri serta semangat patriotisme.

Selain itu, aktiviti berkenaan turut mempromosikan gaya hidup sihat menerusi aktiviti rekreasi luar bagi membina kecergasan fizikal dan mental golongan muda di kawasan Pantai Damai, termasuk mengukuhkan ukhuwah dan semangat kerja berpasukan antara ahli Pergerakan Belia PBB dengan SABERKAS.

Pendakian peserta bermula seawal 8 pagi dari kaki gunung, dengan peserta menempuh trek hutan sebelum tiba di F7 Viewpoint.

Kejayaan kesemua peserta menjejakkan kaki ke titik pemeriksaan (check point) berkenaan membuktikan ketahanan fizikal serta semangat tidak mudah mengalah dalam kalangan belia.

Penganjuran bersama itu turut menegaskan komitmen berterusan Pergerakan Belia PBB dan SABERKAS Cawangan Pantai Damai dalam merangka aktiviti berimpak positif bagi menyatupadukan belia tempatan menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026