ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii beramah mesra dengan tetamu sejurus tiba di Majlis Apresiasi Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei 2026.

Pendidikan percuma Sarawak buka laluan anak muda ke menara gading

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Inisiatif pendidikan percuma yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak menjadi antara langkah penting bagi memastikan generasi muda mempunyai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, usaha itu menyediakan peluang kepada anak Sarawak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tanpa dipengaruhi keadaan ekonomi keluarga.

“Ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran selain menyediakan landasan terbaik kepada anak muda untuk membina masa depan,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei 2026, hari ini.

Beliau berkata, agenda pendidikan tidak seharusnya hanya dilihat daripada sudut penyediaan bangunan dan kemudahan pembelajaran, sebaliknya turut mengambil kira kebajikan pelajar serta kemampuan ibu bapa.

Menyedari hakikat itu, katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited untuk memperluas akses pendidikan, termasuk melalui pelaksanaan inisiatif pendidikan tinggi percuma bagi anak Sarawak.

“Langkah ini mampu membuka laluan lebih luas kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan seterusnya memperoleh masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga berkata, kejayaan pendidikan tidak hanya bergantung kepada bantuan dan kemudahan, sebaliknya peranan guru amat penting dalam membimbing pelajar.

Menurutnya, sokongan terhadap keperluan persekolahan turut penting bagi memastikan pelajar dapat menjalani proses pembelajaran dalam keadaan lebih selesa, selain membantu ibu bapa mengurangkan perbelanjaan berkaitan persekolahan.

“Sejak 2019, saya meneruskan usaha menyediakan beg sekolah, pakaian seragam dan kasut kepada semua pelajar sebagai tanda komitmen terhadap kebajikan serta pembangunan pendidikan,” katanya.

Beliau menjelaskan, bantuan itu bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, malah memastikan pelajar mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi untuk mengikuti sesi persekolahan.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier