ARTIKEL

Untuk album: Pemain dari kesemua pasukan merakam gambar sebagai kenangan.

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026 yang berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan hujung minggu lalu.

Dua kategori iaitu Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan dipertandingkan pada kejohanan anjuran The Futsal Legion (TFL) yang menyaksikan AFA bergelar juara kedua-duanya.

Juara: Pasukan Bawah 12 Tahun Lelaki AFA.

Dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun yang disertai lima pasukan dengan format liga satu pusingan, skuad lelaki AFA menang kesemua empat perlawanan dengan 12 mata, menjaringkan 34 gol dan hanya dibolosi satu gol sepanjang saingan untuk bergelar juara.

Pasukan TamanMU FC muncul naib juara selepas mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan, manakala Sarawak Sports Corporation (SSC) berada di tempat ketiga dengan enam mata.

Juara Perempuan: Pemain pasukan Bawah 12 Tahun Perempuan AFA.

Sementara itu, saingan kategori Perempuan Bawah 12 Tahun dengan format liga dua pusingan membabitkan tiga pasukan turut dikuasai oleh skuad perempuan AFA.

Mereka mencatatkan rekod luar biasa dengan meledak 47 gol dan hanya dibolosi dua gol.

Pasukan Neo Nexus SK Matang Jaya muncul naib juara dengan enam mata, diikuti PFA Odin di tempat ketiga.

Menurut Penyelaras Program, Awang Zaifulizan Abdul Rahman, penganjuran edisi kali ini bertujuan menyediakan platform saingan kompetitif kepada bakat muda, terutama pemain berumur Bawah 12 Tahun, di samping menjadi penghubung kepada pasukan tempatan dan antarabangsa sekali gus memupuk semangat kesukanan.

Pada majlis penyampaian hadiah, pemain AFA, Oliver Schiwy dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) bagi kategori lelaki, manakala Jack Harris merangkul anugerah Penjaring Terbanyak dengan lapan gol.

Pemain TamanMU FC, Muhammad Faizul Sabu pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Lelaki.

Bagi kategori perempuan, pemain Neo Nexus SK Matang Jaya, Dhiya Daniellia Mohammad Dzulhafizie diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai selepas meledak 10 gol.

Dua lagi pemain AFA, Hayley Pittman dan Sienna Lyle, masing-masing memenangi anugerah Penjaring Terbanyak (16 gol) dan Pemain Terbaik.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan IFA, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Reff Co. dalam menjayakan pertandingan itu.

BERITA LAIN

SYFA sasar kejutan di Sri Aman

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026 (SAYFT 2026) bakal berlangsung di Sri Aman pada Sabtu dan Ahad ini. Kejohanan anjuran Datus

Empat juara rebut takhta Muhazis

KUCHING: Empat pasukan terbaik daripada siri Piala Muhazis Empat Penjuru bakal membuat perhitungan bagi merebut gelaran juara keseluruhan Piala Juara-Juara Empat Penjuru Muhazis 2026. Kejohanan

BERITA TERBARU

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier