ARTIKEL

Empat juara rebut takhta Muhazis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat pasukan terbaik daripada siri Piala Muhazis Empat Penjuru bakal membuat perhitungan bagi merebut gelaran juara keseluruhan Piala Juara-Juara Empat Penjuru Muhazis 2026.

Kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak Muhazis akan berlangsung di Cascara Arena pada Sabtu ini, menghimpunkan Muhazis FC, Gedong Unity FC, Maltimur FC dan Hope FC yang akan berentap dalam enam perlawanan bermula 6 petang hingga 10 malam.

Gedong Unity FC

Pengerusi Muhazis FC, Ismail Ahmad berkata, penganjuran berkenaan merupakan kemuncak empat edisi terdahulu bagi menentukan pasukan terbaik, selain memperkukuh persaingan dan hubungan persahabatan dalam kalangan komuniti bola sepak.

“Selepas berakhirnya empat edisi Piala Muhazis Empat Penjuru, kini tiba masanya untuk menentukan pasukan yang benar-benar layak bergelar juara keseluruhan.

Maltimur FC

“Kita mahu pertandingan ini menjadi platform kepada pasukan terbaik membuktikan kemampuan masing-masing, mengeratkan silaturahim antara kelab, pemain dan komuniti bola sepak,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Ismail, penganjuran kali ini turut menjadi langkah memperkukuh identiti Muhazis FC sebagai kelab yang aktif menyediakan platform pertandingan kepada pasukan amatur secara konsisten.

Hope FC

Beliau berkata, kejohanan tersebut bukan sekadar menawarkan persaingan merebut kejuaraan, malah membuka ruang kerjasama dengan penaja serta rakan strategik bagi memastikan kesinambungan penganjuran pada masa hadapan.

Ismail berharap penganjuran edisi kemuncak itu dapat memperkukuh perkembangan bola sepak amatur, selain menarik lebih banyak penyertaan dan sokongan komuniti dengan kejohanan anjuran Muhazis FC pada masa hadapan.

Muhazis FC akan membuka tirai menentang Maltimur FC pada jam 6 petang, diikuti Gedong Unity FC berdepan Hope FC pada jam 6.40 petang.

Hope FC kemudian membuat perhitungan dengan Maltimur FC pada 7.20 malam sebelum Muhazis FC turun menentang Gedong Unity FC pada 8 malam.

Dua perlawanan terakhir pula menyaksikan Maltimur FC bertemu Gedong Unity FC pada 8.40 malam, manakala Muhazis FC menutup saingan menentang Hope FC pada 9.20 malam.

Format pertandingan yang menyaksikan setiap pasukan bertemu tiga pencabar lain itu bakal menguji konsistensi, ketahanan dan keberkesanan strategi pasukan sepanjang kejohanan.

Selain piala kepada pasukan yang menduduki tempat pertama hingga keempat, pihak penganjur turut menyediakan anugerah Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan individu.

BERITA LAIN

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap

BERITA TERBARU

BRFC, MK22 rebut kejuaraaan

KUCHING: Dua pasukan yang masing-masing meledak tujuh gol pada aksi separuh akhir, Balai Ringin FC (BRFC) dan MK22 FT bakal membuat perhitungan merebut kejuaraan Piala

Segoleng bangkit julang Piala Perpaduan

KUCHING: Pasukan Segoleng bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bintangor 2-1, sekali gus dinobatkan juara Piala Perpaduan Tenis Satok Edisi Kedua 2026 di Kompleks Tenis Persatuan