ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

30 disyaki penculik terbunuh dalam serangan udara tentera Nigeria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABUJA: Sekurang-kurangnya 30 orang yang disyaki penculik terbunuh dalam serangan udara tentera Nigeria pada hujung minggu di negeri Kaduna, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa pada Isnin.

Operasi pada Sabtu itu dijalankan hasil laporan risikan sebuah jet pejuang tentera yang melihat pergerakan konvoi 15 motosikal di kawasan Birnin Gwari di Kaduna, menurut jurucakap Tentera Udara Nigeria  Edward Gabkwet dalam satu kenyataan.

Laporan risikan mendapati kumpulan penjenayah itu bertanggungjawab melakukan serangan hendap ke atas tentera di kawasan yang sama pada awal Sabtu, menurut Gabkwet.

“Mereka juga melakukan beberapa serangan dan penculikan ke atas orang awam di Birnin Gwari,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi