ARTIKEL

300 keluarga di Miri dan Bintulu terima sumbangan Hari Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Yayasan PETRONAS dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd. Sarawak Asset, hari ini menyumbang bekalan makanan keperluan kepada sekitar 300 keluarga kurang berkemampuan di Miri dan Bintulu sempena sambutan Gawai Dayak yang akan datang.

Anuar dan Abang Zainudin menyerahkan hamper biskut kepada penerima Program Memacu Kehidupan: Hari Gawai Dayak 2023 Yayasan PETRONAS dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd- Sarawak Asset.

Sumbangan itu dibuat di bawah program Memacu Kehidupan : Hari Gawai Dayak 2023 (sebelumnya dikenali sebagai program perayaan Sentuhan Kasih) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setiap keluarga menerima barangan makanan keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, garam, teh, kacang tanah mentah, beras, hamper biskut perayaan dan lain-lain.

Sebahagian penerima merakam gambar bersama-sama Anuar dan Abang Zainudin serta kakitangan Petronas Carigali Sdn Bhh – Sarawak Asset dan agensi kerajaan berkaitan

Selain itu, penerima turut menerima kad hadiah Mesra PETRONAS bernilai RM20 setiap satu yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan keperluan atau petrol di mana-mana stesen PETRONAS di Bintulu dan Miri.

Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd- Sarawak Asset, Anuar Ismail berkata, program itu bertujuan membantu keluarga yang layak meraikan perayaan Gawai Dayak akan datang dengan cara yang lebih bermakna.

Sementara, Timbalan Residen Bintulu, Abang Zainudin Abang Turkey menyambut baik usaha yang dilaksanakan syarikat korporat itu dalam usaha menjadikan kebajikan merupakan tanggungjawab bersama supaya lebih ramai lagi golongan memerlukan dapat dibantu.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah