ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merakam kenangan bersama Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah kiri) dan Datuk Ibrahim Baki (tengah kanan) pada Majlis Rumah Terbuka DUN Satok. - Foto: Mohd Alif Noni

3,000 hadiri Rumah Terbuka ADUN Satok di Hikmah Exchange bersama Ibrahim Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan lawatan Hari Raya Aidilfitri ke Rumah Terbuka ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki di Hikmah Exchange Event Center hari ini.

Rumah terbuka bermula 10 pagi, menyaksikan kehadiran sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari luar negara.

Datuk Ibrahim berkata, dengan mengadakan rumah terbuka di pusat berkenaan, memudahkan pengunjung datang menikmati sambutan Hari Raya.

“Pusat ini antara bangunan ikonik di Kuching dan terletak di lokasi yang stratergik.

“Mengadakan program di sini lebih memudahkan untuk orang ramai mencari lokasi dan terdapat banyak ruang letak kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitrinya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan isteri Datin Seri Angelina Ujang.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Datuk Doreen Mayang, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, serta ahli parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain.

BERITA LAIN

Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R

KUALA LUMPUR: Walaupun kritikan terhadap kerajaan dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif

BERITA TERBARU

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri