ARTIKEL

Wong Kah Woh (tiga kanan) beramah mesra dengan warga pendidik ketika melakukan lawatan kerja di SJK Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam, Perak hari ini.

3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup – Wong Kah Woh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TELUK INTAN, Perak: Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM), iaitu kurang daripada 150 pelajar, pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian oleh kementerian dan tiada yang akan ditutup.

“Ini termasuk menyalurkan peruntukan bagi kemudahan diperlukan dan kerja menaik taraf supaya memberi imbangan sama rata kepada semua jenis sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam di sini hari ini.

Beliau berkata di Perak sahaja terdapat 419 sekolah kurang murid dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tahun ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM38,000 kepada semua sekolah kerajaan tanpa mengira bilangan muridnya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah merangka beberapa strategi bagi menangani isu itu di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM.
 
Wong berkata antara strategi itu ialah pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM selain pemindahan atau penempatan semula SKM dan pengekalan SKM atas keperluan.

Baca lain  Anwar Ibrahim di Singapura untuk lawatan kerja

“Strategi pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dilaksanakan dengan melibatkan percantuman kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dengan Tahun 5 di sekolah berenrolmen 30 orang murid dan ke bawah,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti luar bilik darjah pada musim panas, beliau berkata autonomi diberikan kepada pihak JPN dan sekolah bagi menentukan keputusan berdasarkan kepada garis panduan.

“Untuk menentukan aktiviti luar diteruskan bergantung kepada keadaan, dan segala keputusan daripada JPN serta pihak sekolah haruslah mengikut garis panduan cuaca panas sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Wong melakukan lawatan kerja ke enam sekolah di kawasan Parlimen Teluk Intan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada setiap sekolah bagi tujuan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU