ARTIKEL

31 jalan ditutup, dilencong sempena Larian Sarawak Energy Ithmus 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebanyak 31 jalan di kawasan Pending dan Padungan akan ditutup dan dilencongkan sempena berlangsungnya Larian Sarawak Energy Isthmus 2025 pada 9 dan 10 Ogos 2025.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata, kesemua lokasi yang terlibat akan dikawal oleh pasukan trafik bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

“Bagi lokasi pekarangan bangunan Sarawak Energy iaitu kawasan lampu isyarat hingga bulatan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Jalan Isthmus akan terlibat dengan kawalan aliran trafik bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi untuk kedua-dua hari tersebut.

“Sementara pada Ahad 10 Ogos bermula jam 10 pagi, jalan yang akan terlibat ialah Jalan Pelabuhan, Jalan Kwong Lee Bank, Jalan Pending, Jalan Padungan, Lebuh Wayang, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Taman Budaya, Jalan Satok, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Jalan Samariang, Jalan Stadium dan Jalan Bako.

“Selain itu, Jalan Hashim Jaafar, Jalan Merdeka, Jalan Kulas, Jalan Muhibbah, Jalan Dagok, Jalan Patinggan, Jalan Tanjung, Jalan Datuk Ajibah Abol, Jalan Haji Mataim, Jalan Muda Hashim, Jalan Haji Taha, Jalan Market, Jalan Gambier, Jalan Abell, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Jalan Datuk Merican Salleh dan Jalan Merbau,” katanya menerusi satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan.

Pada masa sama orang ramai turut dinasihatkan merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU