ARTIKEL

31 kes positif Covid-19 direkod, terendah sejak PKP dilaksana – KP Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac, dengan 31 kes dilapor sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, jumlah kes harian terus menunjukkan trend penurunan dan kadang kala mendatar.

Beliau berkata pencapaian itu hasil daripada tindakan proaktif dan agresif kerajaan dalam aktiviti membendung penularan COVID-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP itu.

“Ini dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit COVID-19 di Malaysia, termasuk kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan di hospital.

“PKP ini juga membantu mengurangkan interaksi antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha