ARTIKEL

34 projek tertangguh secara kritikal di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek menaik taraf lima bulatan di sepanjang lebuh raya Kuching-Samarahan merupakan antara 34 projek tertangguh secara kritikal di negeri ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak setakat 27 Januari 2023, jumlah itu daripada keseluruhan 215 projek dalam pembinaan, 29 projek di belakang jadual dan hanya 149 projek berjalan mengikut jadual.

“Jumlah status berkenaan agak membimbangkan kerana masih banyak pelaksanaan projek tertangguh. Ia termasuk menaik taraf bulatan tersebut bagi membina lampu isyarat pintar telah tertangguh selama dua tahun.

“Apabila berlaku masalah seperti ini, kerajaan yang akan disalahkan sedangkan yang bermasalah kontraktor sehingga menyebabkan kita terpaksa mencari kontraktor penyelamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Meningkatkan Industri Pembinaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya antara projek lain turut bermasalah adalah cadangan membina dan menyiapkan Muzium Pembangunan Limbang: Galeri Sejarah Pentadbiran Limbang, Sarawak yang tertangguh selama setahun.

“Ia merupakan satu projek mudah yang hanya melibatkan kos RM10 juta, namun tertangguh kerana menurut kontraktornya perlu mengimport bumbung dari New Zealand.

“Inilah yang berlaku apabila kontraktor utama yang dilantik tidak melaksanakan kerja, kemudian menyerahkan kepada kontraktor kedua namun di bawah pekeliling setiausaha kewangan negeri, kita tidak dapat membayar terus kepada kontraktor kedua, hanya pergi ke kontraktor utama,” ujarnya.

Tambahnya, antara projek bermasalah lain termasuk pembinaan Jambatan Marudi merentasi Batang Baram yang tertangguh selama tiga tahun, cadangan pembinaan Jalan Lubok Tranggas ke Kampung Gedong, Samarahan (tertangguh 1 tahun) dan cadangan projek Jalan Kampung Medong/Lebrassau/ Kampung Klid, Daerah Dalat, Bahagian Mukah (tertangguh 2 tahun).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha