ARTIKEL

OPERASI… Seramai 35 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di tiga lokasi di sekitar bandar raya Kuching, malam tadi. |Foto Levrone Aigle

35 Warga Asing Ditahan Imigresen Dalam Serbuan Di Tiga Lokasi Di Kuching.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 35 warga asing ditahan dalam serbuan di Jalan Chan Chin Ann, Jalan Stutong dan Moyan Square oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Lokman Effendi Ramli, operasi terbabit digerakkan oleh penguatkuasaan JIM Kuching melibatkan 45 pegawai.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 57 warga asing, 35 individu terdiri daripada 15 lelaki dan 20 wanita ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Kesalahan yang dikesan antaranya melibatkan tinggal lebih masa dan penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial.

“Terdapat warga asing yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan, namun berjaya ditahan oleh anggota kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ops Gegar, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pemeriksaan dan pengesahan lanjut akan dilakukan terhadap kesemua individu yang ditahan.

“Kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depot Imigresen Semuja bagi menjalani proses tahanan dan siasatan lanjut,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Lokman mengesahkan terdapat individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pasport ketika pemeriksaan dijalankan.

Bagaimanapun katanya, pengesahan lanjut akan dibuat kerana terdapat individu yang mendakwa dokumen mereka ada, tetapi tidak dibawa bersama-sama ketika operasi.

Beliau turut menjelaskan penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial berlaku apabila terdapat warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelawat atau pelancong tetapi didapati bekerja.

Warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan antaranya berasal dari Vietnam, Indonesia dan China.

Mengulas dakwaan terdapat individu yang memasuki Sarawak melalui laluan tidak sah atau ‘jalan tikus’.

Beliau turut memberi jaminan bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan risikan yang dijalankan.

Pada masa yang sama, Lokman Effendi Ramli mengingatkan majikan supaya tidak melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

Katanya, majikan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

BERCAKAP… Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli ketika ditemui media. |Foto Levrone Aigle

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha